Pengambilan:
Atas Permintaan
Yuran:
RM 2,500
(Subsidi penuh)*
*Tertakluk kepada terma & syarat
Tempoh:
5 hari (Kelas)
2 bulan (Sesi bimbingan)
Penganugerahan oleh:
Reliance College
Mod pembelajaran:
Kuliah, Latihan, Demonstrasi dan Kelas Bimbingan Amali
Adakah anda bersedia untuk menukar minat kulinari anda kepada bidang keusahawanan? Reliance Gerai membekalkan anda dengan kemahiran kulinari asas, sumber dan peluang untuk menguruskan gerai makanan atau perniagaan anda sendiri.
Mengapa pilih Reliance Gerai?
Peningkatan Kemahiran
Peroleh kemahiran amali kulinari yang memberi keupayaan kepada anda untuk berjaya mengendalikan perniagaan makanan sendiri.
Pemerkasaan Keusahawanan
Mengukuhkan semangat keusahawanan dan membolehkan anda untuk menjana pendapatan melalui perniagaan makanan.
Bimbingan Perniagaan
Bimbingan akan diberikan selama 2 bulan (4 sesi) selepas penubuhan GERAI, dengan merangkumi panduan perniagaan dan latihan seni kulinari.
Apa yang akan anda perolehi?
Peningkatan Kemahiran
Latihan menyeluruh dalam seni kulinari dan pengurusan perniagaan asas, merangkumi persediaan makanan, penyajian, perkhidmatan pelanggan, penyusunan bajet, dan pengurusan inventori.
Penyediaan Sumber
Anda akan menerima peralatan lengkap untuk persiapan gerai bagi mengelakkan sebarang pelaburan awal.
Panduan Pemilikan Lesen
Bantuan pengurusan perundangan akan diberi untuk memudahkan proses permohonan lesen perniagaan.
Apa yang akan anda pelajari?
Sijil Perniagaan Kulinari Skala Kecil
Anda akan meneroka dunia keusahawanan makanan pada skala yang kecil, dimana kreativiti kulinari tidak mempunyai batasan. Sijil ini akan mengajar anda cara untuk mengubah minat anda terhadap masakan menjadi perniagaan yang maju. Dari trak makanan sehingga katering peribadi, anda akan belajar mengenai landskap yang pelbagai dan dinamik dalam perniagaan kulinari di skala kecil. Anda juga akan mempelajari bagaimana perniagaan anda dapat mendorong pertubuhan ekonomi dan hubungan sosial dalam komuniti anda.
Latihan Perniagaan Intensif
Teori
- Asas Pemasaran - 4P
- Prosedur Pendaftaran Perniagaan
- Pemasaran melalui Media Sosial
- Asas Perakaunan Berkala
- Strategi Penentuan Harga Produk
Latihan Intensif Seni Kulinari
Amali
- Nasi Lemak dan 1 hidangan sampingan
- Karipap
- Sate dan hidangan sampingan
- Laksa dan hidangan sampingan
- Idea – Makanan “Viral”
Pakej Tetap
Bernilai RM500
- Bunting / Banner
- Yuran pendaftaran SSM
- Suntikan Typhoid
- Latihan keselamatan dan kebersihan makanan
- Kanopi 8x8
Pakej Peralatan Perniagaan
Bernilai RM500
- Pek Permulaan – Nasi Lemak*
- Pek Permulaan - Satay*
Bernilai RM200
- Pek Permulaan Laksa*
- Pek Permulaan Karipap*
Syarat-syarat & Peraturan – Semasa Operasi Perniagaan
Anda perlu:
- Memastikan kualiti dan kebersihan di kawasan perniagaan makanan anda terjaga.
- Memaparkan lesen dan permit yang sah.
- Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang baik dan efisien.
- Mengekalkan standard kebersihan makanan yang cemerlang.
- Bertanggungjawab terhadap sebarang kelalaian yang timbul semasa operasi.